Saturday 21 October 2017

TEMPAT MENARIK DI JOGJAKARTA (BAHAGIAN 5)

Hey!

Penatnya kan main sambung-sambung ni. Hahaha. Nak buat guane. Penulisnya sekejap on off on off...mujur on balik ni ha.

Oraits, tanpa membuangkan masa, kita teruskan perjalanan kita selepas naik Borobudur masa bahagian 4 sebelum ni. Selepas itu, kami terus ke aktiviti selanjutnya, Mount Merapi Tour. Pakej yang di ambil bergantung kepada berapa lama korang nak habiskan masa di sana. Satu Jeep IDR450,000 sekitar RM140.

Sebelum nak teruskan aktiviti ni, pastikan korang isi perut dulu dengen makanan ye. Jangan biarkan perut kosong takut nanti muntah atau tak sedap badan masa naik Jeep nanti. Jeep tu sangat horror ye. Jalannya berliku-liku. Bergoncang seluruh badan. Buat wanita, dengar khabar perlu memakai bra besi atau sport bra. Tapi kawan i yang sudah ke sana suggest memakai sport bra sudah memadai. Sebab nanti senak dek lambungan yang maha dasyat. I open minded di sini ye. Untuk tips sesiapa yang nak ke sana nanti.

Kami makan Bakso GP. Thanks Ikhwan for foto.

Untuk mereka yang inginkan kelainan dalam mencari makanan (gitu), i suggest korang cuba Bakso  Jumbo ni. Nama kedai Bakso GP, GP stand for apa i tak pasti, yang pasti baksonya besar  ye. Sebesar mangkuk itu. Dan bersekali dengan bakso itu adalah mee. Sangat kenyang dan menyelerakan! Harganya cuma IDR12000 sekitar RM4! Arghhh berbaloi sangat! Kenyang seperti ular sawa!

Then, selepas berlingkar 5-10 minit, kami terus ke Gunung Merapi Tour. Tips untuk ke sini sebaiknya awal subuh. Kadar untuk melihat gunung merapi muncul sekitar jam 11 pagi - 2 petang sangat cerah. Kami sampai sana pun petang disebabkan kekangan masa dan jadual.

Di handapan museum Merapi. Di sini terdapat  pelbagai koleksi semasa gunung merapi meletus  dulu termasuk tengkorak lembu.

Batu Alien. Kalau dilihat memang seperti kepala Alien. Batu ini dipercayai dari letusan merapi itu sendiri.

Thanks Raouf Ahmad for superb amazing photo. Kelihatan makcik bawang sepakat  beraksi sama

Nampak tak sunset di belakang itu. Group kami antara group yang terakhir juga keluar dari situ
Seterusnya, tempat yang mesti korang pergi ke Jogjakarta adalah Malioboro Street. Di sini ada menjual pelbagai barangan termasuk cenderamata, baju t-shirt, barangan berasaskan batik, makanan dan sebagainya. Apa yang uniknya cenderamata di sini sangat-sangatlah murah. Key chain paling murah kami jumpa bernilai IDR10,000 sahaja untuk 10 key chain iaitu sekitar RM0.30 sen untuk sebiji keychain. Apa lagi, boronglah 50 biji. Begitu juga baju t-shirt yang berkualiti dan tebal. Kalau korang pandai tawar-menawar, boleh dapatkan t-shirt 6-7 helai untuk IDR100,000. Di sini juga ada dijual makanan tradisional tempatan seperti Bakpia, Pisang Salei dan sebagainya.


Penat berjalan? Jangan risau...kat sini pun ada hiburan seperti ini....sumber gambar


Kalau korang ke depan sikit, korang akan jumpa Pasar Beringharjo. Kat sini kami tak sempat membeli-belah sangat sebab waktu operasinya sehingga jam 5 pentang saja. Jam 4.30 dah siap-siap berkemas. Apa yang sempat kami nampak adalah lebih  menjual batik dan beg-beg makcik bawang. Korang boleh juga beli beg untuk letakkan barangan shopping kalian.

Pasar Beringharjo ditutup jam 5 petang.


Oraits, sambung nanti lagi ye😂


Suhami Ahmad
Kawasan Kejiranan Putrajaya
8.49 pm



Tempat Menarik di Jogjakarta

1. Pantai Parangtritis
2. Gumuk Pasir
3. Kebun Mangunan
4. Hutan Pokok Pinus
5. Seribu Batu
6. Puncak Becici
7. Punthuk Setumbu
8. Gereja Ayam
9. Borobudur
10. Mt. Merapi
11. Jalan Malioboro
12. Pasar Beringharjo

4 comments:

Tempat Menarik di Jogjakarta (bahagian 2)

Assalammualaikummmmmm dan salam jumaat korang. Haa...ada yang kecam-kecam manja i since posting  Tempat Menarik di Jogjakarta...