Friday, 22 June 2018

Tempat Menarik di Jogjakarta (bahagian 2)

Assalammualaikummmmmm dan salam jumaat korang.

Haa...ada yang kecam-kecam manja i since posting Tempat Menarik di Jogjakarta (bahagian 1) semalam hanya jalan penceritaan di lapangan terbang sajok. Adakah Lapangan Terbang Antarabangsa Adisucipto ittew terletak dalam senarai tempat menarik di Jogja? 

Dik....kalau i menceritakan 100% tempat menarik di Jogjakarta di bahagian 1, bahagian kedua iols nak cerita apa. Hihi. Ok teruskan pengembaraan semula noh. Pasang sebuk pengaman anda sekarang.

Tempat pertama yang kami pergi adalah Pantai Parangtritis. Nak diikutkan dalam itinerary asal, kami akan singgah ke Pasar Beringharjo dan Malioboro Street. Tapikan flight kami di schedule semula pada jam 8.55, sampai pun tengahari. Maka terus ke Pantai Parangtritis yang terletak 27km dari Bandar Jogja. So, sempat lah tidur sepukul dua dalam Toyota Hiace yang aircond sudah mantap.



Sampai di sana sekitar jam 3 petang ye. Kau rasa apa pendapat kau feeling ombak rindu pukul 3 petang. Kami rasa hantam sajalah. Walaupun panas berdenting, tapi korang jangan risau sebab di sana hembusan angin pantai sangat aman. Ombak dia besar tau dan bunyi sangat kuat kerana pantai ni betul-betul menghadap lautan Hindi (correct me if i mistake). Kalau pantai kita ombak dia macam sehala kan, tapi kat pantai tu korang boleh nampak, ombak dia bersilang dan besar. Dan yang penting pasirnya sangat-sangat halus dan berkilat!

Masa ni nak set up lagu baby shark do do do dooooo



Cantik kan...kaler semua naik...komposisi perfect...boleh menang pertandingan Saya Anak Malaysia ni. Kredit to Zaki for superb image!

Ini yang foto sampai jadi tu. Murah juga, nyesal tak print sekeping dua aritu.


Kredit to Zaki lagi. Cantikkan. Kalau sunset lagi cantik!


Imigination : perfect semi-sfera.
Reality : hmmmm...jadilah nak

Makcik-makcik bawang

Apa yang menarik di Pantai Parangtritis ni selain ombak dan angin yang kuat, korang boleh nampak ada macam orang berjualan di sana termasuk aiskrim, cetak foto sampai jadi, ada kereta kuda, ATV (harga sekitar IDR50,000 - IDR100,000 @ RM16 - RM32). Waktu sesuai ke sini adalah sekitar jam 5 dan ke atas (sunset). Well, kami sempat sunset di Gumuk Pasiryang terletak sebelah je Pantai Parangtritis.

Gumuk Pasir ni macam gumpalan pasir halus dan berkilat tadi yang membentuk bukit macam padang pasir. Seperti di Pantai Klebang, Melaka.  Kat sini korang boleh main sandboarding ye dengan harga papan seluncur tu sekitar IDR100,000 @ RM32. Kat kawasan Gumuk Pasir tu besar dan ada banyak kawasan. Kawasan yang kami pergi tu ada buaian asmara. Gitu, asmara katanya. 

again...makcik bawang


Ayunan asmara ittew

Lawa kan  💕


ala korang...bagilah chance anak gajah ni posing


Best friend ni


Kredit foto to Muhaimin. Model tu Odie


So, korang boleh habiskan masa kat dua tempat ni sejam dua, dan kemudian boleh terus balik ke hotel untuk check in. Sambung nanti bahagian 3 pula ye! 😇


Tempat Menarik di Jogjakarta

1. Pantai Parangtritis
2. Gumuk Pasir

Tempat Menarik di Jogjakarta (bahagian 2)

Assalammualaikummmmmm dan salam jumaat korang. Haa...ada yang kecam-kecam manja i since posting  Tempat Menarik di Jogjakarta...