Saturday 21 October 2017

TEMPAT MENARIK DI JOGJAKARTA (BAHAGIAN 5)

Hey!

Penatnya kan main sambung-sambung ni. Hahaha. Nak buat guane. Penulisnya sekejap on off on off...mujur on balik ni ha.

Oraits, tanpa membuangkan masa, kita teruskan perjalanan kita selepas naik Borobudur masa bahagian 4 sebelum ni. Selepas itu, kami terus ke aktiviti selanjutnya, Mount Merapi Tour. Pakej yang di ambil bergantung kepada berapa lama korang nak habiskan masa di sana. Satu Jeep IDR450,000 sekitar RM140.

Sebelum nak teruskan aktiviti ni, pastikan korang isi perut dulu dengen makanan ye. Jangan biarkan perut kosong takut nanti muntah atau tak sedap badan masa naik Jeep nanti. Jeep tu sangat horror ye. Jalannya berliku-liku. Bergoncang seluruh badan. Buat wanita, dengar khabar perlu memakai bra besi atau sport bra. Tapi kawan i yang sudah ke sana suggest memakai sport bra sudah memadai. Sebab nanti senak dek lambungan yang maha dasyat. I open minded di sini ye. Untuk tips sesiapa yang nak ke sana nanti.

Kami makan Bakso GP. Thanks Ikhwan for foto.

Untuk mereka yang inginkan kelainan dalam mencari makanan (gitu), i suggest korang cuba Bakso  Jumbo ni. Nama kedai Bakso GP, GP stand for apa i tak pasti, yang pasti baksonya besar  ye. Sebesar mangkuk itu. Dan bersekali dengan bakso itu adalah mee. Sangat kenyang dan menyelerakan! Harganya cuma IDR12000 sekitar RM4! Arghhh berbaloi sangat! Kenyang seperti ular sawa!

Then, selepas berlingkar 5-10 minit, kami terus ke Gunung Merapi Tour. Tips untuk ke sini sebaiknya awal subuh. Kadar untuk melihat gunung merapi muncul sekitar jam 11 pagi - 2 petang sangat cerah. Kami sampai sana pun petang disebabkan kekangan masa dan jadual.

Di handapan museum Merapi. Di sini terdapat  pelbagai koleksi semasa gunung merapi meletus  dulu termasuk tengkorak lembu.

Batu Alien. Kalau dilihat memang seperti kepala Alien. Batu ini dipercayai dari letusan merapi itu sendiri.

Thanks Raouf Ahmad for superb amazing photo. Kelihatan makcik bawang sepakat  beraksi sama

Nampak tak sunset di belakang itu. Group kami antara group yang terakhir juga keluar dari situ
Seterusnya, tempat yang mesti korang pergi ke Jogjakarta adalah Malioboro Street. Di sini ada menjual pelbagai barangan termasuk cenderamata, baju t-shirt, barangan berasaskan batik, makanan dan sebagainya. Apa yang uniknya cenderamata di sini sangat-sangatlah murah. Key chain paling murah kami jumpa bernilai IDR10,000 sahaja untuk 10 key chain iaitu sekitar RM0.30 sen untuk sebiji keychain. Apa lagi, boronglah 50 biji. Begitu juga baju t-shirt yang berkualiti dan tebal. Kalau korang pandai tawar-menawar, boleh dapatkan t-shirt 6-7 helai untuk IDR100,000. Di sini juga ada dijual makanan tradisional tempatan seperti Bakpia, Pisang Salei dan sebagainya.


Penat berjalan? Jangan risau...kat sini pun ada hiburan seperti ini....sumber gambar


Kalau korang ke depan sikit, korang akan jumpa Pasar Beringharjo. Kat sini kami tak sempat membeli-belah sangat sebab waktu operasinya sehingga jam 5 pentang saja. Jam 4.30 dah siap-siap berkemas. Apa yang sempat kami nampak adalah lebih  menjual batik dan beg-beg makcik bawang. Korang boleh juga beli beg untuk letakkan barangan shopping kalian.

Pasar Beringharjo ditutup jam 5 petang.


Oraits, sambung nanti lagi ye😂


Suhami Ahmad
Kawasan Kejiranan Putrajaya
8.49 pm



Tempat Menarik di Jogjakarta

1. Pantai Parangtritis
2. Gumuk Pasir
3. Kebun Mangunan
4. Hutan Pokok Pinus
5. Seribu Batu
6. Puncak Becici
7. Punthuk Setumbu
8. Gereja Ayam
9. Borobudur
10. Mt. Merapi
11. Jalan Malioboro
12. Pasar Beringharjo

Wednesday 18 October 2017

TEMPAT MENARIK DI JOGJAKARTA (BAHAGIAN 4)

Assalammualaikum!


Oraits! Kita teruskan pengembaraan Jogjakarta yang seterusnya. Semalam kan kami dah terlepas sunrise akibat bangun lewat sejam (huhu). Kali ini semua dah taubat dan terus bangun on time ye 😅

Tempat seterusnya yang kami lawat adalah Punthuk Setumbu. Banyak di laman sesawang yang menyatakan di sini adalah salah satu tempat yang menarik untuk melihat sunrise. Sebab apa? Korang akan dapat melihat candi Borobudur dari jauh yang berlatarkan Gunung Merapi. Dan tidak ketinggalan juga korang akan nampak Gereja Ayam. So, ada tiga benda ni yang akan nampak pada awal pagi (jika cuaca sangat baik!)

Tiket masuk Punthuk Setumbu adalah IDR30,000 sekitar RM10 camtu. Namun kami tidak bernasib baik, kerana bukan sahaja Gunung Merapi tidak memunculkan diri bahkan matahari pun segan-segan nak bersinar di awal pagi. Honestly i pun frust tau. Dah la bangun awal pagi, tup tup tak dapat apa yang diidamkan. But well, kat situ masih ada platform untuk bergambar berlatarkan hamparan sawah padi di bahagian belakangnya. Terubat sikit dik.

Expectation


Reality
Haa...kat sini lah i kena caruts ye. Hahaha stress haku. Orang kat sana cakap, untuk dapat dapatkan pemandangan "expectation" tu sangat susah. Kiranya dalam sebulan hanya 3 kali sajok. Dan aku pergi hari yang 27 tu. Kau ghaser? Penat tau bangun awal. Huhu.

Apa pun, view reality masih cantik. Kalau perasan masih lagi boleh nampak Borobudur dan Gereja Ayam tu. Thanks to Zaki for the nice photo. Siap ada burung penjuru kanan atas tu ye. Good job. 👍

Ok selepas kekecewaan di Punthuk Setumbu tu, kami terus membawa hati yang lara ke Borobudur. Kami naik atas tu lewat sikit disebabkan bersarapan dulu. Kalau korang plan nak ke Borobudur, bolehlah ambil Borobudur Tour Sunset. InsyaAllah pemandangan sangat cantik dan tak panas. Kalau korang perasan, sebelum pintu masuk Borobudur tu pun ada orang menjual cenderamata dan barangan perhiasan yang lain.

Rombongan makcik bawang ke Borobudur


Tiket masuk ke Borobudur ni ialah IDR325,000 sekitar RM100. Masuk ke sini agak mahal juga sama seperti Angkor Watt dulu disebabkan ini adalah Tapak Warisan Dunia UNESCO. Borobudur ni merupakan candi yang terbesar sekali di dunia. Ada juga yang mengatakan Borobudur ni peninggalan Nabi Sulaiman (wallahualam). I have no idea.

Tips untuk masuk ke Candi ni, pastikan korang memakan pakaian yang menutup aurat / berseluar panjang. Kalau tak, nanti diorang akan kasi pinjam Sarong. Berskirt la kau atas tu. Feeling mak esah lah kau.

beberapa pemandangan di Borobudur

Masih kukuh walaupun telah dibina sejak abad ke 8

Pemandangan dari depan Borobudur
Stupa berbentuk loceng. Kalau pergi waktu sunset/sunrise lagi cantik

Makcik bawang pose Deppp....ke dappp??....eh damnnn!
Yes, pastikan korang banyak minum air tau. Kat sini sangat-sangat panas dan takut nanti kekurangan air. Kalau boleh siap-siap bawak penutup kepala seperti topi, buff, selendang mak esah dan sebagainya untuk melindungi kepala dan wajah anda. Acamtu. Lepas keluar dari Borobudur ni akan ada satu deretan kedai yang menjual pelbagai barangan unik termasuk cenderamata dan baju. Cenderamata di sini bagi I biasa-biasa harganya, cuma baju kat sini agak murah dan banyak pilihan. 7 T-shirt Jogja tu harganya cuma IDR100,000. Sehelai baju tu sekitar RM5. Lebih murah berbanding di Bandung.

So, penat dik menaip. Sambung lagilah kemudian bahagian 5 ek. Hihi.👅

Tempat Menarik di Jogjakarta

1. Pantai Parangtritis
2. Gumuk Pasir
3. Kebun Mangunan
4. Hutan Pokok Pinus
5. Seribu Batu
6. Puncak Becici
7. Punthuk Setumbu
8. Gereja Ayam
9. Borobudur

Tempat Menarik di Jogjakarta (bahagian 3)

Hai hai hai korang!

Selamat bermonday blues. Malasnya nak keja! Tak keja jawabnya duduk ontok-ontok di rumah ye Suhami. Tunggu orang masuk minang.

Ok guys, kita sambung semula post Tempat Menarik di Jogjakarta (bahagian 3). Nak diikutkan itinerary asal di ubah hari keempat di bawa ke hari kedua. So, untuk hari kedua (itineary baru) itu kami bangun awal subuh ye untuk ke Kebun Mangunan untuk melihat negeri atas awan. Difahamkan kat sini memang sejuk dan pastikan bawa baju panas. Ada kebun buah ke atas ni? Dop lah, kat sini biasanya orang akan melihat sunrise sambil awan-awan berlalu bawah korang je. Boleh nampaklah awan tu berarak macam air ye (kalau guna timelap).

Namun, atas sebab kepenatan kami kecundang bangun lewat sejam. Makanya terpaksa skip Kebun Mangunan dan terus singgah Hutan Pokok Pinus iaitu terletak di tempat yang berhampiran juga. Sebenarnya kalau tak silap di sini ada banyak jenis hutan pokok pinus, dan kebun mangunan antara salah satu yang popular. Kat sini memang tempat wajib singgah kalau ke Jogjakarta. Kat negara kita kan jarang nampak hutan pokok pinus (ke memang takdo?). So disinilah kita boleh bergambar sakan. Di kawasan ini juga ada Seribu Batu iaitu seakan rumah hobbit dan binaan lain-lain yang unik yang pasti menaikkan rating like instagram anda...camtu.


Menunggu giliran untuk bergambar.



Kat sini juga banyak kedapatan pondok-pondok atas pokok kayak gini. Cuma kau gayat tak gayat je terhadap ketinggian.

Ada juga taman bunga taik ayam kat puncak ni. Suhu sini not bad sejuk ye.


Ha, sebenarnya keluar dari hotel kami tak sarapan ye. Makanya perut sudah berdangdut, kami sarapan di area sini. Cuba rasa minuman Wedang Uwuh. Lain dari yang lain ye. Rasa sirap dan ada campuran herba. Kalau korang nasib baik, kat sini juga ada jual bermacam-macam jualan termasuk aiskrim kuburan. Haaa....sundel bolong sangat ye.

Aiskrim kuburan, siap batu nesan R.I.P ye. Kau ghaser?
Wedang Uwuh - air spesial kat sini tau, cobalah. (teringat daun durian kat kampueng)


Lepas dari itu, kami terus ke hutan pinus berikutnya yang terletak di Puncak Becici. Menurut bang Heri sekarang di sana kan lagi cuti umum. Kiranya orang tempatan tersangatlah ramai yang nak naikkan rating like instagram masing-masing. I strongly suggest korang spend masa seharian di sini. Sebab apa? sebab banyak lokasi untuk bergambar yang menarik ada di sini. Setengah hari bagi i tak cukup kot. Ini antara lokasi yang kami bergambar.

From left : Miss Kenya, Miss Peru, Miss Kazakztan, Miss Myanmmar, Miss Libya dan Miss Sudan ye


Temanin gue berjuang ye. Kita keliling dunia

Calon menantu idaman ibumu 
Pre Kalibiru. Tema pose - forever alone katanya
kat Puncak Becici ni pun ada hutan pinus (kau sebut bebetul ye)
Ok, banyak juga tempat menarik yang kami tak sempat nak singgah. Macam kawan i selepas trip kami ni, dia ada snap gambar kat bulan sabit. Serius lawa. Kalau korang sempat, korang pun boleh bergambar di sarang burung, pintu doraemon, kapal layar, kereta kuda menuju jannah, dan macam-macam lagi tau. Semuanya berhampiran di kawasan sini juga, hutan pokok pinus. Sebab tu i cakap, tak cukup kalau sehari di kawasan ini. So, sila spend a day untuk trip Hutan Pokok Pinus ya.

Kita sambung lagi bahagian keempat akan datang ye!


Tempat Menarik di Jogjakarta

1. Pantai Parangtritis
2. Gumuk Pasir
3. Kebun Mangunan
4. Hutan Pokok Pinus
5. Seribu Batu
6. Puncak Becici


Tempat Menarik di Jogjakarta (bahagian 2)

Assalammualaikummmmmm dan salam jumaat korang.

Haa...ada yang kecam-kecam manja i since posting Tempat Menarik di Jogjakarta (bahagian 1) semalam hanya jalan penceritaan di lapangan terbang sajok. Adakah Lapangan Terbang Antarabangsa Adisucipto ittew terletak dalam senarai tempat menarik di Jogja? 

Dik....kalau i menceritakan 100% tempat menarik di Jogjakarta di bahagian 1, bahagian kedua iols nak cerita apa. Hihi. Ok teruskan pengembaraan semula noh. Pasang sebuk pengaman anda sekarang.

Tempat pertama yang kami pergi adalah Pantai Parangtritis. Nak diikutkan dalam itinerary asal, kami akan singgah ke Pasar Beringharjo dan Malioboro Street. Tapikan flight kami di schedule semula pada jam 8.55, sampai pun tengahari. Maka terus ke Pantai Parangtritis yang terletak 27km dari Bandar Jogja. So, sempat lah tidur sepukul dua dalam Toyota Hiace yang aircond sudah mantap.



Sampai di sana sekitar jam 3 petang ye. Kau rasa apa pendapat kau feeling ombak rindu pukul 3 petang. Kami rasa hantam sajalah. Walaupun panas berdenting, tapi korang jangan risau sebab di sana hembusan angin pantai sangat aman. Ombak dia besar tau dan bunyi sangat kuat kerana pantai ni betul-betul menghadap lautan Hindi (correct me if i mistake). Kalau pantai kita ombak dia macam sehala kan, tapi kat pantai tu korang boleh nampak, ombak dia bersilang dan besar. Dan yang penting pasirnya sangat-sangat halus dan berkilat!

Masa ni nak set up lagu baby shark do do do dooooo



Cantik kan...kaler semua naik...komposisi perfect...boleh menang pertandingan Saya Anak Malaysia ni. Kredit to Zaki for superb image!

Ini yang foto sampai jadi tu. Murah juga, nyesal tak print sekeping dua aritu.


Kredit to Zaki lagi. Cantikkan. Kalau sunset lagi cantik!


Imigination : perfect semi-sfera.
Reality : hmmmm...jadilah nak

Makcik-makcik bawang

Apa yang menarik di Pantai Parangtritis ni selain ombak dan angin yang kuat, korang boleh nampak ada macam orang berjualan di sana termasuk aiskrim, cetak foto sampai jadi, ada kereta kuda, ATV (harga sekitar IDR50,000 - IDR100,000 @ RM16 - RM32). Waktu sesuai ke sini adalah sekitar jam 5 dan ke atas (sunset). Well, kami sempat sunset di Gumuk Pasiryang terletak sebelah je Pantai Parangtritis.

Gumuk Pasir ni macam gumpalan pasir halus dan berkilat tadi yang membentuk bukit macam padang pasir. Seperti di Pantai Klebang, Melaka.  Kat sini korang boleh main sandboarding ye dengan harga papan seluncur tu sekitar IDR100,000 @ RM32. Kat kawasan Gumuk Pasir tu besar dan ada banyak kawasan. Kawasan yang kami pergi tu ada buaian asmara. Gitu, asmara katanya. 

again...makcik bawang


Ayunan asmara ittew

Lawa kan  💕


ala korang...bagilah chance anak gajah ni posing


Best friend ni


Kredit foto to Muhaimin. Model tu Odie


So, korang boleh habiskan masa kat dua tempat ni sejam dua, dan kemudian boleh terus balik ke hotel untuk check in. Sambung nanti bahagian 3 pula ye! 😇


Tempat Menarik di Jogjakarta

1. Pantai Parangtritis
2. Gumuk Pasir

Tuesday 17 October 2017

Tempat Menarik di Jogjakarta (bahagian 1)

Hai! Hai! Hai!

Ya Ampunnnnnnnn.....lama bangat sih aku tidak ke udara! Maafin gue!

Kata nak rebranding blog, tapi sampai sekarang kejung ye!👀 Ok guys, for the first entry for a longgggggggg 'holiday', im start with new chapter. Here we go. Tempat Menarik di Jogjakarta (Bahagian 1) - macam Upin & Upin punya opening sangat.

Sebagai makluman kalian, kami seramai 11 orang telah ke Jogjakarta, Indonesia pada 20 - 24 September yang lalu. Kami menaiki pesawat Air Asia yang sepatutnya berlepas jam  6.30 pagi tapi di tunda ke jam 8.55 ye - Ok, kat situ dah bazir masa 2 jam dan kami terpaksa keluarkan itinerary plan B. Kita mesti sedia untuk sebarang kemungkinan kerana apa yang berlaku on paper biasanya tidak akan seperti dirancang.

Nak diikutkan juga, kami berlepas dari Kuala Lumpur ke Jogjakarta. Kemudian pulang dari Semarang ke Kuala Lumpur. Perjalanan dari Jogjakarta ke Semarang tu melalui jalan darat (akan diceritakan dalam bahagian lain) Sebab apa? Dasar penjimatan dik. Kebetulan di Malaysia & Indonesia kan cuti umum sempena Awal Muharram (Tahun Baru Islam). Tiket KUL-JOG-KUL sudah mencecah RM500 lebih termasuk luggage dan juga makanan. - ok that one i was learn to try not travel within peak session because the air ticket for sure melambung.


Baju oren tu I (gemok sudah aku), duduk tu Odie, sandar di pokok Ayie (blogger Seremban), belakang Odie tu Muhaimin, Zaki dan Raouf. Ok berbaju merah belakang pokok tu blogger terkenal ye, Faizal Fredley, sebelahnya my travelmate Kak Fiza dan juga di belakang tudung biru Zira. Berseluar pendek tu Ben dan jacket merah tu Ikhwan. Zaki, Zira dan Ben tu kawan sekelas i masa sekolah dulu, dan boleh lah dikatakan mini reunion untuk team bujang. Yeayyy!


Selepas semua kesebelas pewira berkumpul di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2, kami terus check in bag dan melalui proses imigresen dan sebagainya. Kami berlepas tepat jam 8.55 pagi. Wow hebat Air Asia. Time is gold ye. Kaki ni dah terkuis-kuis tak sabar jejak bumi Jogjakarta - bumi yang selalu dilihat keindahannya di sesawang facebook saja.

Ok, cerita sikit pasal Jogjakarta.


  1. Kota Jogja pernah menjadi ibu kota Indonesia sebelum dipindahkan semula ke Jakarta. Antara awal tahun 1946 hingga akhir tahun 1949 ibu kota Indonesia dipindah ke Yogyakarta kemudian dipindah kembali ke Jakarta.
  2. Kota Jogja memiliki nama lain terbanyak. Nama-nama itu adalah Jogja , Yogya, Jogjakarta, Yogyakarta, Djogja, Ngayogyakarta, Ngayogyakarta Hadiningrat, Yoja/Yojo.
  3. Banyak tokoh–tokoh besar Indonesia lahir di kota ini, Jogja. Beberapa tokoh yang lahir di Yogyakarta: Presiden Soeharto, Presiden Megawati, Mantan Ketua MPR Amien Rais, Hidayat N Wahid, Wapres Boediono, Anies Baswedan.                                                                  
sumber rujukan di sini
Nampak tak tu? Itulah Gunung Merapi. Nak dapat view ni pilih seat kiri (Seat A). Akan kelihatan sekitar 30 minit sebelum mendarat.



Ok, bila nak jejaknya ke Jogjakarta ni. Huhu. Ok, dah jejak!. Kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Adisucipto pada jam 10.30 pagi selepas berada di awangan selama 2 jam setengah. Sebagai makluman kalian juga, waktu di Jogjakarta adalah awal satu jam di Malaysia ya. Bermaksud kalau di  Malaysia pada masa itu adalah 11.30 pagi. So, kami dah habis masa setengah hari ni. Maka kami cepat-cepat ambil beg, cop passport dan cari Ilham. Mujur Ilham terus terpacak di pintu ketibaan.

Kami dijemput oleh Ilham dan Bang Heri yang menaiki Toyota Hiace. Sungguh selesa dan luas - cuma 30 minit yang pertama tu masak jugak dek pendingin hawa yang lambat menyejuk. Berair juga atas bawah.

Oraits, lokasi pertama yang kami singgah di mana? Tunggu bahagian kedua ya!  😂😂😂


Tempat Menarik di Jogjakarta (bahagian 1)
Tempat Menarik di Jogjakarta (bahagian 2)

Tempat Menarik di Jogjakarta (bahagian 2)

Assalammualaikummmmmm dan salam jumaat korang. Haa...ada yang kecam-kecam manja i since posting  Tempat Menarik di Jogjakarta...