Hey!
Penatnya kan main sambung-sambung ni. Hahaha. Nak buat guane. Penulisnya sekejap on off on off...mujur on balik ni ha.
Oraits, tanpa membuangkan masa, kita teruskan perjalanan kita selepas naik Borobudur masa bahagian 4 sebelum ni. Selepas itu, kami terus ke aktiviti selanjutnya, Mount Merapi Tour. Pakej yang di ambil bergantung kepada berapa lama korang nak habiskan masa di sana. Satu Jeep IDR450,000 sekitar RM140.
Sebelum nak teruskan aktiviti ni, pastikan korang isi perut dulu dengen makanan ye. Jangan biarkan perut kosong takut nanti muntah atau tak sedap badan masa naik Jeep nanti. Jeep tu sangat horror ye. Jalannya berliku-liku. Bergoncang seluruh badan. Buat wanita, dengar khabar perlu memakai bra besi atau sport bra. Tapi kawan i yang sudah ke sana suggest memakai sport bra sudah memadai. Sebab nanti senak dek lambungan yang maha dasyat. I open minded di sini ye. Untuk tips sesiapa yang nak ke sana nanti.
Kami makan Bakso GP. Thanks Ikhwan for foto. |
Untuk mereka yang inginkan kelainan dalam mencari makanan (gitu), i suggest korang cuba Bakso Jumbo ni. Nama kedai Bakso GP, GP stand for apa i tak pasti, yang pasti baksonya besar ye. Sebesar mangkuk itu. Dan bersekali dengan bakso itu adalah mee. Sangat kenyang dan menyelerakan! Harganya cuma IDR12000 sekitar RM4! Arghhh berbaloi sangat! Kenyang seperti ular sawa!
Then, selepas berlingkar 5-10 minit, kami terus ke Gunung Merapi Tour. Tips untuk ke sini sebaiknya awal subuh. Kadar untuk melihat gunung merapi muncul sekitar jam 11 pagi - 2 petang sangat cerah. Kami sampai sana pun petang disebabkan kekangan masa dan jadual.
Then, selepas berlingkar 5-10 minit, kami terus ke Gunung Merapi Tour. Tips untuk ke sini sebaiknya awal subuh. Kadar untuk melihat gunung merapi muncul sekitar jam 11 pagi - 2 petang sangat cerah. Kami sampai sana pun petang disebabkan kekangan masa dan jadual.
Di handapan museum Merapi. Di sini terdapat pelbagai koleksi semasa gunung merapi meletus dulu termasuk tengkorak lembu. |
Batu Alien. Kalau dilihat memang seperti kepala Alien. Batu ini dipercayai dari letusan merapi itu sendiri. |
Thanks Raouf Ahmad for superb amazing photo. Kelihatan makcik bawang sepakat beraksi sama |
Nampak tak sunset di belakang itu. Group kami antara group yang terakhir juga keluar dari situ |
Penat berjalan? Jangan risau...kat sini pun ada hiburan seperti ini....sumber gambar |
Kalau korang ke depan sikit, korang akan jumpa Pasar Beringharjo. Kat sini kami tak sempat membeli-belah sangat sebab waktu operasinya sehingga jam 5 pentang saja. Jam 4.30 dah siap-siap berkemas. Apa yang sempat kami nampak adalah lebih menjual batik dan beg-beg makcik bawang. Korang boleh juga beli beg untuk letakkan barangan shopping kalian.
Pasar Beringharjo ditutup jam 5 petang. |
Oraits, sambung nanti lagi ye😂
Suhami Ahmad
Kawasan Kejiranan Putrajaya
8.49 pm
Tempat Menarik di Jogjakarta
1. Pantai Parangtritis
2. Gumuk Pasir
3. Kebun Mangunan
4. Hutan Pokok Pinus
5. Seribu Batu
6. Puncak Becici
7. Punthuk Setumbu
8. Gereja Ayam
9. Borobudur
10. Mt. Merapi
11. Jalan Malioboro
12. Pasar Beringharjo
10. Mt. Merapi
11. Jalan Malioboro
12. Pasar Beringharjo
I spot my tunang there ! :D
ReplyDeleteUpppsss :P
Deleteehh atokkkkkkk
ReplyDelete-zazaww ni-
Heyy Zazaww!
Delete